SELAMAT DATANG KE BLOG RASMI SEKOLAH KEBANGSAAN BELIPAT..AHLAN WASAHLAN WA MARHABAN BIKUM

Wednesday, November 25, 2009

Sukan Mini Tahunan SK Belipat 2009

Sukan Tahunan 2009 SK Belipat
Sukan Mini Tahunan merupakan salah satu aktiviti kokurikulum tetap yang diadakan setiap tahun di SK Belipat. Pada tahun 2009, Sukan Mini Tahuhan SK Belipat ditetapkan pada 12 November 2009, khamis. Tujuan utama sukan tahunan ini diadakan adalah untuk membuat persediaan memilih pelajar-pelajar yang berbakat bagi mewakili sekolah di sukan antara sekolah pada tahun depan Taklimat sempena Sukan Mini Tahunan telah dibuat pada 6 Novemver 2009 untuk pembahagian tugas, membincangkan aktiviti dan pemberitahuan jadual latihan akhir untuk setiap kumpulan rumah sukan.
Rumah Gemilang (Merah)

Pelajar-pelajar telah dibahagikan kepada 3 kumpulan rumah sukan iaitu Gemilang (Merah), Cemerlang (Biru) dan Terbilang (Kuning). Antara acara yang dipertandingkan ialah 100 meter, 200 meter, 4 x 100 meter, lontar peluru dan lompat jauh. Acara kawad kaki dan Perbarisan juga turut dipertandingkan. Latihan akhir dibuat pada 10-11 November 2009 merangkumi latihan kawad kaki, acara padang dan belapan.

Rumah Terbilang (Kuning)
Pada 12 November 2009, bermula pukul 7.30 pagi para pelajar dan guru-guru telah berkumpul di padang sekolah SK Belipat. Acara perbarisan dimulakan pada pukul 8.00 pagi setelah ketibaan Tetamu Kehormat, Cikgu Jamadil Bin Kassim (PK1) sebagai pemangku Guru Besar. Acara ini dimenangi oleh rumah sukan Cemerlang (Biru) diikuti rumah sukan Gemilang (Merah) dan Terbilang (Kuning).
Rumah Cemerlang (Biru)
Selepas ucapan perasmian, acara disusuli dengan bacaan ikrar dari wakil pelajar diikuti dengan tarian poco-poco oleh semua guru-guru dan juga para pelajar. Kira-kira pukul 9 pagi acara belapan dimulakan dengan acara 100 meter. Diikuti acara padang iaitu lontar peluru yang berlangsung serentak pada masa yang sama. Acara selesai kira-kira pukul 2.30 petang setalah berhenti rehat pada pukul 11 pagi dan disambung semula pada 12 tengah hari.

Juru Acara, Cikgu Norasiah dan Cikgu Loura


Latar Belakang Sekolah

Blok Pentadbiran

Pada asalnya, Sekolah Kebangssan Belipat hanya mempunyai 4 blok bangunan sehingga tahun 1993. Pada tahun 1992, bangunan Prasekolah didirikan. Bilik Sumber dan Perpustakaan merupakan bilik yang diubahsuai mengikut kegunaan. Kemudahan lain ketika itu ialah sebuah rumah guru kelas IV, pada bola sepak, gelanggang takraw, gelanggang bola jaring, taman kanak-kanak prasekolah, bekalan air dan elektrik. Tenaga pengajar hanya seramai 11 orang dan seorang pengasuh prasekolah serta seorang pembantu pengasuh prasekolah. Enrolmen murid ketika itu seramai 112 orang. Muridnya terdiri daripada 100% murid beragama Islam dan 90% murid berketurunan kedayan. Ibu bapa mereka kebanyakannya petani, selebihnya kakitangan kerajaan JKR dan Jabatan Perubatan.

Pintu Masuk ke SK Belipat

Sekolah Kebangsaan Belipat, Lawas berada di kawasan sebuah kampung yang bernama Kampung Belipat. Kawasan sekolah seluas 2.5 hektar. Lokasi sekolah terletak di kawasan bawah bukit, di tepi jalan ke Kampung Punang yang jaraknya sejauh kira-kira 7 km dari Pejabat Pelajaran Daerah Kecil Lawas. Sekolah Kebangsaan Belipat, Lawas merupakan sebuah sekolah harian yang terletak di luar bandar.

Makmal Komputer
Hari ini Sekolah Kebangsaan Belipat menggunakan kod sekolah YBE5212. Kawasan sekolah sudah dipagar. Kawasan sekolah mempunyai sebuah rumah guru kelas IV. 3 blok rumah guru naik taraf yang menyediakan 6 unit kediaman guru. Prasekolah mempunyai bangunan sendiri yngg telah dibaikpulih pada tahun 2008. Bilik darjah untuk Tahun 1,2 dan 3 di blok B, sebuah bangunan standard. Blok A terdiri daripada bilik perpustakaan/ pusat sumber, bilik guru, bilik darjah tahun 4, bilik BOSS(SPBT) dan Pejabat Am. Bilik darjah untuk tahun 5 dan 6 di bangunan baru yang siap dibina penghujung tahun 2009 dan akan digunapakai pada sesi persekolahan 2010. Pada tahun 2008, projek pembinaan Makmal Komputer telah bermula dan telah digunapakai pada sesi persekolahan 2009.

SK Belipat, Lawas

Dari segi enrolmen, sekolah ini dikategorikan sebagai sekolah kurang murid (SKM) tetapi pada sesi persekolahan 2009 penggal kedua Sekolah Kebangsaan Belipat telah dikategorikan sebagai Sekolah Gred B. Tenaga pengajar seramai 16 orang termasuk seorang Guru Besar (DG41), 3 orang Guru Penolong Kanan dan seorang Guru Sandaran Tidak Terlatih. Kakitangan bukan guru terdiri daripada seorang Pembantu Tadbir dan seorang Pembantu Pengurusan Murid untuk Prasekolah. Pada tahun 2005, 2 orang guru j-QAF Terlatih telah dilantik.