SELAMAT DATANG KE BLOG RASMI SEKOLAH KEBANGSAAN BELIPAT..AHLAN WASAHLAN WA MARHABAN BIKUM

Sunday, April 3, 2011

Majlis Tilawah Al-Quran peringkat sekolah rendah dan menengah daerah Lawas 2011






















25 Mac 2011-Bersamaan pada hari Jumaat, majlis Tilawah Al-Quran peringkat daerah Lawas peringkat sekolah rendah telah diadakan. Acara yang dipertandingkan ialah Hafazan, nasyid, kompang selawat, Tilawah Al-Quran dan syarahan. Semua sekolah-sekolah rendah sekitar Lawas telah mengambil bahagian dalam acara yang dipertandingakan. Acara yang bermula pada pukul 7.30am telah menarik perhatian seluruh penduduk kampung sekitar SK Belipat untuk berkunjung bersama-sama memeriahkan lagi suasana. Acara yang dipertandingan berhenti rehat pada pukul 11.30am untuk memberi laluan kepada sembahyang Jumaat dan disambung semula pada pukul 2.30pm. Semua acara tamat pada 4.00pm. Walaubagaimanapun, untuk warga SK Belipat, aktiviti belum berakhir kerana disambung lagi dengan persediaan dewan untuk hari keesokkannya iaitu Majlis perasmian disamping persediaan memasak bersama penduduk kampung yang dijalankan sehingga waktu malam. Kerjasama semua pihak sungguh dihargai bak kata pepatah 'berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.


26 Mac 2011-Acara hari ini adalah untuk peringkat sekolah menengah dimana yang menyertainya terdiri daripada semua 4 buah sekolah menengah sekitar Lawas. Aktiviti bermula sekitar jam 8am, dan berakhir awal pada pukul 11am kerana bilangan peserta yang sedikit dalam semua acara yang dipertandingkan. Acara yang paling mendapat perhatian ialah nasyid sekolah menengah. Acara berhenti dan disambung dengan aktiviti menjamu selera bersama para AJK dan hakim-hakim pertandingan. Majlis yang berhenti rehat disambung dengan persediaan menyambut tetamu kehormat iaitu persediaan dewan, pentas, jamuan makan serta protokol dewan. Kehadiran yang berhormat Datuk Amar Awang Tengah Bin Ali Hassan iaitu Menteri Perancangan dan Pengurusan Sumber II memerangkap Menteri Kemudahan Awam tepat jam 2.30pm disambut meriah dengan persembahan pencak silat, kulintangan dan kompang. Kehadiran tetamu-tetamu besar yang lain juga turut menjadikan majlis lebih berseri dan bererti. Sebagai tuan rumah untuk Majlis Tilawah pada kali ini, majlis dikejutkan dengan kemenangan pihak sekolah iaitu mendapat tempat kedua dalam acara bersyarahan serta kompang selawat.Aktiviti berakhir dengan sesi bergambar bersama Datuk dan semua pihak yang telah menjayakan Majlis Tilawah pada kali ini. Jutaan terima kasih diucapkan kepada yang hadir, serta yang membantu dari awal sehingga akhir terutamanya penduduk kampung serta pihak pejabat pendidikan daerah Lawas.