SELAMAT DATANG KE BLOG RASMI SEKOLAH KEBANGSAAN BELIPAT..AHLAN WASAHLAN WA MARHABAN BIKUM

Saturday, November 12, 2011

Sukan Sekolah 2011







10 Nov 2011(Khamis) - Sukan tahunan peringkat SK Belipat telah diadakan sebagai aktiviti selepas ujian akhir tahun. Aktiviti ini juga bertujuan untuk memilih atlet-atlet yang berkebolehan untuk mewakili sekolah pada tahun hadapan. Aktiviti yang berlangsung selama sehari ini berlangsung seawal 7.30 pagi dan tamat pada 11.30 pagi. Latihan peringkat rumah sukan telah dijalankan seminggu lebih awal untuk pemilihan peserta dan kawad kaki untuk lintas hormat. Murid-murid telah dibahagikan kepada rumah sukan yang berlainan iaitu Rumah Gemilang, Rumah Terbilang dan Rumah Cemerlang. Aktivit mendapat sambutan yang menggalakkan daripada semua warga SK Belipat. Syabas diucapkan kepada pihak yang telah bertungkus-lumus menjayakannya.

Kempen Membaca 1 Malaysia (KM1M)




31 Oct - 4 Nov 2011 - Satu kempen membaca telah dilancar serentak di seluruh Malaysia bertemakan KM1M(Kempen Membaca 1 Malaysia) telah berjaya dilaksanakan di peringkat SK Belipat. Aktiviti yang dianjurkan melibatkan aktiviti membaca individu, membaca berkumpulan, mewarna dan melukis. Aktiviti yang berjalan selama seminggu ini melibatkan semua murid tahap satu dan dua. Murid-murid SK Belipat telah menunjukkan sikap membaca yang baik dengan melibatkan diri sepanjang kempen tersebut. Terima kasih diucapkan.

Lawatan Tahun 6 2011





15 & 16 Oktober (Sabtu & Ahad) - Satu lawatan sambil belajar telah diadakan untuk murid-murid tahun 6 SK Belipat. Lawatan ini adalah sebagai hadiah dan penghargaan pihak sekolah terhadap usaha gigih yang ditunjukkan oleh murid-murid tahun 6 dalam menghadapi persediaan UPSR 2011. Lawatan yang mengambil masa dua hari melibatkan 13 orang murid, 8 orang guru dan 2 orang staf sokongan. Tempat - tempat yang dilawat adalah Taman Hidupan Liar Lok Kawi, Taman Buaya Tuaran dan tempat-tempat sekitar bandaraya Kota Kinabalu. Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada pihak yang telah bertungkus-lumus dalam menjayakana lawatan ini.