SELAMAT DATANG KE BLOG RASMI SEKOLAH KEBANGSAAN BELIPAT..AHLAN WASAHLAN WA MARHABAN BIKUM

Tuesday, August 7, 2012

SENAMROBIK 1MURID 1SUKAN 1MALAYSIA

16 JULAI 2012 - Aktivti senamrobik 1Murid 1Sukan 1Malaysia telah diadakan serentak pada pukul 8am diseluruh institusi pendidikan di Malaysia. Aktivti yang berlangsung selama 45minit ini melibatkan semua pihak sekolah beserta murid-murid untuk bersenamrobik mengikut gerakan yang telah dirakam oleh pihak kementerian. Walaubagaimanapun untuk memeriahkan lagi suasana lagu pelbagai bahasa telah dimainkan diakhir aktiviti untuk melambangkan semangat 1Malaysia. Terima kasih kepada yang terlibat.

KEM MOTIVASI UPSR 2012

2 & 3 Julai 2012 - Pihak sekolah telah menganjurkan Kem Motivasi UPSR untuk murid-murid tahun 6 SK Belipat Lawas. Aktiviti yang berlangsung selama dua hari ini telah menjemput 4 orang penceramah daripada sekolah-sekolah sekitar Lawas mengikut subjek UPSR. Kehadiran semua penceramah diucapkan jutaan terima kasih, tidak dilupakan juga guru-guru tahun 6 serta guru-guru lain yang terlibat secara langsung mahupun secara tidak langsung. Usaha anda hari ini, menentukan kejayaan murid kita di kemudian hari. Terima kasih.

KEM BESTARI SOLAT 2012

30 JUN 2012 - Sebagai menggantikan hari sekolah pada 16 Ogos, pihak sekolah telah mengadakan Kem Bestari Solat untuk murid-murid SK Belipat. Pihak yang terlibat ialah semua ustaz dan ustazah, guru KAFA, guru biasa dan murid-murid tahap 1 serta tahap 2.Aktiviti bermula seawal 7.20am dan berakhir pada 12pm. Terima kasih kepada semua yang terlibat.

MAJLIS PERPISAHAN USTAZAH LATIFAH

22 JUN 2012 - Satu majlis perpisahan untuk Ustazah Latifah telah diadakan untuk mengenang jasa yang telah beliau sumbangkan selama 1 tahun setengah selama berkhidmat di SK Belipat Lawas. Perpindahan beliau yang tidak disangka-sangka membuatkan pihak sekolah berasa keberatan dengan perpindahan pertengahan tahun beliau. Walaubagaimanapun rezeki setiap orang berbeza, perpindahan beliau diharap dapat memberi sinar baru dalam laluan hidup beliau sebagai seorang ustazah di tempat baru iaitu di negeri Perak.

PESTA LAWAS 2012 (PERTANDINGAN TANGLUNG)

25 MEI 2012 - Bersempena Pesta Lawas 2012, pihak sekolah telah mengambil bahagian dalam pertandingan tanglung bagi kategori Persatuan. Aktiviti yang julung kalinya ini dipimpin oleh cikgu Mohd Hilman dan cikgu Mokti bin Bakir serta dibantu oleh guru-guru, PIBG, kakitangan sokongan dan juga murid-murid. Persediaan yang memakan masa dua minggu untuk menyiapkan tanglung tidak mematahkan semangat para peserta malah memupuk semangat kerjasama yang jitu. Dan akhirnya pihak sekolah telah memenangi Johan bagi kategori persatuan. Satu usaha yang memberangsangkan. Terima kasih kepada yang terlibat secara langsung mahupun secara tidak langsung.

HARI GURU 2012

15 MEI 2012-Bersempena perayaan hari guru seluruh Malaysia, pihak sekolah telah mengadakan majlis sambutan hari guru bersama-sama semua kaitangan sekolah. Tema hari guru pada tahun ini ialah 'Guru Inovatif Melonjakkan Tranformasi Pendidikan Negara'. Pelbagai aktivti dimulakan seawal 8am bermula dengan perhimpunan pagi dengan bacaan perutusan hari guru, diikuti oleh nyanyian hari guru, aktiviti memotong kek, aktiviti permainan sukaneka dan diakhiri oleh jamuan guru. Terima kasih kepada semua yang hadir dan telah memberi kerjasama.