Kelas Komputer untuk murid-murid SK Belipat telah bermula pada September 2009 dan diteruskan ke tahun 2010. Objektif kelas ini diadakan adalah untuk memastikan misi sekolah ke arah celik dan peka ICT tercapai iaitu:
i. Meningkatkan kemahiran dan pengetahuan dalam penggunaan ICT
ii. Kepentingan dan penggunaan ICT dalam Pengajaran dan Pembelajaran
iii.Mahir menggunakan ICT sebagai medium dalam Pengajaran dan Pembelajaran
Pada tahun 2009, Kelas Komputer hanya melibatkan murid-murid Tahun 3 hingga Tahun 6 yang diadakan setiap hari Khamis dari pukul 3 hingga 4 petang. Murid-murid Tahap 1 (Tahun 1 dan Tahun 2) juga turut didedahkan dengan penggunaan Komputer secara umum sahaja melalui kursus singkat.
Antara topik yang diajar dalam Kelas Komputer ialah:
i. Pengenalan kepada perkakasan komputer dan penggunaannya
ii. Pengenalan kepada Operating System yang digunakan dan beberapa fungsi asas
iii. Mencipta/menghapus folder dan fail
iv. Pengenalan kepada Microsoft Office seperti Microsoft Word, Excel dan PowerPoint
Kelas Komputer untuk tahun 2010 diadakan pada setiap Khamis dari pukul 1 hingga 3 petang iaitu 2 sesi. Sesi pertama dari pukul 1 hingga 2 petang dan sesi kedua dari pukul 2 hingga 3 petang. Kelas Komputer ini hanya melibatkan Tahun 3 hingga Tahun 5. Kelas Komputer untuk Tahun 6 hanya akan bermula selepas peperiksaan UPSR.