SELAMAT DATANG KE BLOG RASMI SEKOLAH KEBANGSAAN BELIPAT..AHLAN WASAHLAN WA MARHABAN BIKUM

Saturday, November 12, 2011

Sukan Sekolah 2011







10 Nov 2011(Khamis) - Sukan tahunan peringkat SK Belipat telah diadakan sebagai aktiviti selepas ujian akhir tahun. Aktiviti ini juga bertujuan untuk memilih atlet-atlet yang berkebolehan untuk mewakili sekolah pada tahun hadapan. Aktiviti yang berlangsung selama sehari ini berlangsung seawal 7.30 pagi dan tamat pada 11.30 pagi. Latihan peringkat rumah sukan telah dijalankan seminggu lebih awal untuk pemilihan peserta dan kawad kaki untuk lintas hormat. Murid-murid telah dibahagikan kepada rumah sukan yang berlainan iaitu Rumah Gemilang, Rumah Terbilang dan Rumah Cemerlang. Aktivit mendapat sambutan yang menggalakkan daripada semua warga SK Belipat. Syabas diucapkan kepada pihak yang telah bertungkus-lumus menjayakannya.

Kempen Membaca 1 Malaysia (KM1M)




31 Oct - 4 Nov 2011 - Satu kempen membaca telah dilancar serentak di seluruh Malaysia bertemakan KM1M(Kempen Membaca 1 Malaysia) telah berjaya dilaksanakan di peringkat SK Belipat. Aktiviti yang dianjurkan melibatkan aktiviti membaca individu, membaca berkumpulan, mewarna dan melukis. Aktiviti yang berjalan selama seminggu ini melibatkan semua murid tahap satu dan dua. Murid-murid SK Belipat telah menunjukkan sikap membaca yang baik dengan melibatkan diri sepanjang kempen tersebut. Terima kasih diucapkan.

Lawatan Tahun 6 2011





15 & 16 Oktober (Sabtu & Ahad) - Satu lawatan sambil belajar telah diadakan untuk murid-murid tahun 6 SK Belipat. Lawatan ini adalah sebagai hadiah dan penghargaan pihak sekolah terhadap usaha gigih yang ditunjukkan oleh murid-murid tahun 6 dalam menghadapi persediaan UPSR 2011. Lawatan yang mengambil masa dua hari melibatkan 13 orang murid, 8 orang guru dan 2 orang staf sokongan. Tempat - tempat yang dilawat adalah Taman Hidupan Liar Lok Kawi, Taman Buaya Tuaran dan tempat-tempat sekitar bandaraya Kota Kinabalu. Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada pihak yang telah bertungkus-lumus dalam menjayakana lawatan ini.

Wednesday, July 20, 2011

Majlis perpisahan cikgu Jamadil, cikgu Sara & Ustazah Saharibulan










































20 Julai 2011, Khamis - Satu majlis perpisahan untuk cikgu Jamadil, cikgu Sara dan Ustazah Saharibulan telah diadakan di Restauran Mutiara pada sebelah petang. Majlis yang bertujuan untuk menghargai jasa cikgu Jamadil sebagai bekas PK1 SK Belipat, cikgu Sara Alias sebagai guru pemulihan dan Ustazah Saharibulan sebagai guru Kafa sewaktu di SK Belipat telah diraikan dengan penuh gemilang. Semua guru, serta kakitangan sokongan telah dijemput hadir untuk memeriahkan majlis lagi. Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada mereka yang pernah menyumbangkan tenaga dalam mencorakkan warga SK Belipat. Jasamu tidak akan kami dilupakan. Semoga berjaya berkhidmat di tempat yang baru. Kami mendoakan kejayaan anda. Amin.






























Gerko Pengakap Julai 2011


















20 Julai 2011, Rabu - Aktiviti pengakap dijalankan macam biasa pada hari ini. Pada kali ini, aktiviti adalah berkisarkan gajet. Para murid tahun 4 dan 5 yang terlibat secara langsung diperkenalkan dengan jenis-jenis gajet yang ada sewaktu sesuatu perkhemahan. Mereka diberikan tugasan berdasarkan gambarajah gajet, iaitu mereka dikehendaki untuk menghasilkan gajet yang dikehendaki dalam kumpulan yang telah dibahagi. Masa yang mencukupi diperuntukkan untuk semua ahli pengakap untuk mengutip kayu yang sesuai, merancang, membahagi tugas dan membina gajet. Dan syukur Alhamdulilah, semua murid dapat menghasilkan gajet yang dikehendaki walaupun hanya dibimbing sedikit sahaja oleh guru. Ini menunjukkan semua ahli pengakap mempunyai sikap ingin mencuba dan berusaha tanpa mengenal putus asa. Diharap aktiviti di luar kelas ini dapat menarik perhatian semua murid untuk melibatkan diri dengan aktiviti kokurikulum sekolah.





















Program Motivasi UPSR 2011




















19hb Mei 2011, Khamis - Pihak SK Belipat telah menjemput penceramah motivasi daripada SK Pusat Lawas untuk memberikan motivasi kepada para murid tahun 6. Aktivit yang berlangsung setengah hari ini, bertujuan menyediakan murid untuk lebih bersedia dari segi fizikal dan mental untuk menghadapi peperiksaan UPSR. Aktiviti yang dibimbing oleh 3 orang penceramah ini sungguh berkesan sehinggakan hampir kesemua murid menitiskan air mata sewaktu sesi pengakuan. Semua murid menunjukkan komitmen dan tumpuan sepanjang motivasi. Pihak SK Belipat sungguh menghargai jasa para penceramah diatas kerjasama yang diberikan dalam bersama-sama meningkatkan motivasi murid tahun 6. Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini.