SELAMAT DATANG KE BLOG RASMI SEKOLAH KEBANGSAAN BELIPAT..AHLAN WASAHLAN WA MARHABAN BIKUM

Wednesday, July 20, 2011

Majlis perpisahan cikgu Jamadil, cikgu Sara & Ustazah Saharibulan










































20 Julai 2011, Khamis - Satu majlis perpisahan untuk cikgu Jamadil, cikgu Sara dan Ustazah Saharibulan telah diadakan di Restauran Mutiara pada sebelah petang. Majlis yang bertujuan untuk menghargai jasa cikgu Jamadil sebagai bekas PK1 SK Belipat, cikgu Sara Alias sebagai guru pemulihan dan Ustazah Saharibulan sebagai guru Kafa sewaktu di SK Belipat telah diraikan dengan penuh gemilang. Semua guru, serta kakitangan sokongan telah dijemput hadir untuk memeriahkan majlis lagi. Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada mereka yang pernah menyumbangkan tenaga dalam mencorakkan warga SK Belipat. Jasamu tidak akan kami dilupakan. Semoga berjaya berkhidmat di tempat yang baru. Kami mendoakan kejayaan anda. Amin.






























Gerko Pengakap Julai 2011


















20 Julai 2011, Rabu - Aktiviti pengakap dijalankan macam biasa pada hari ini. Pada kali ini, aktiviti adalah berkisarkan gajet. Para murid tahun 4 dan 5 yang terlibat secara langsung diperkenalkan dengan jenis-jenis gajet yang ada sewaktu sesuatu perkhemahan. Mereka diberikan tugasan berdasarkan gambarajah gajet, iaitu mereka dikehendaki untuk menghasilkan gajet yang dikehendaki dalam kumpulan yang telah dibahagi. Masa yang mencukupi diperuntukkan untuk semua ahli pengakap untuk mengutip kayu yang sesuai, merancang, membahagi tugas dan membina gajet. Dan syukur Alhamdulilah, semua murid dapat menghasilkan gajet yang dikehendaki walaupun hanya dibimbing sedikit sahaja oleh guru. Ini menunjukkan semua ahli pengakap mempunyai sikap ingin mencuba dan berusaha tanpa mengenal putus asa. Diharap aktiviti di luar kelas ini dapat menarik perhatian semua murid untuk melibatkan diri dengan aktiviti kokurikulum sekolah.





















Program Motivasi UPSR 2011




















19hb Mei 2011, Khamis - Pihak SK Belipat telah menjemput penceramah motivasi daripada SK Pusat Lawas untuk memberikan motivasi kepada para murid tahun 6. Aktivit yang berlangsung setengah hari ini, bertujuan menyediakan murid untuk lebih bersedia dari segi fizikal dan mental untuk menghadapi peperiksaan UPSR. Aktiviti yang dibimbing oleh 3 orang penceramah ini sungguh berkesan sehinggakan hampir kesemua murid menitiskan air mata sewaktu sesi pengakuan. Semua murid menunjukkan komitmen dan tumpuan sepanjang motivasi. Pihak SK Belipat sungguh menghargai jasa para penceramah diatas kerjasama yang diberikan dalam bersama-sama meningkatkan motivasi murid tahun 6. Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini.


















Tuesday, July 19, 2011

Kelas Tambahan UPSR 2011












SK Belipat, Semestar 2-Program kelas tambahan tahun 6 telah diadakan setiap hari Isnin sehingga Khamis setiap minggu. Kelas yang bermula pada pukul 1.30pm sehingga 3.30pm telah melibatkan semua guru SK Belipat tanpa mengira tahap. Semua guru telah dilibatkan secara langsung untuk mengajar mengikut empat subjek teras iaitu Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains. Tujuannya ialah untuk mewujudkan satu suasana yg berbeza agar murid dapat menerima input yang berlainan daripada setiap guru. Ini kerana, murid tahun 6 sudah menghabiskan banyak masa dengan guru yang mengajar tahun 6 pada sesi sebelah pagi, maka sesi sebelah petang adalah bersama-sama dengan guru lain supaya mereka merasa perbezaan dan mendapat maklumat yang baru. Aktiviti ini, setakat ini telah mendapat respon yang baik daripada guru-guru kerana kumpulan murid yang dipecahkan kepada kumpulan dengan tahap yang berbeza memudahkan guru membimbing mereka mengikut tahap murid tersebut. Malah para guru berkesempatan mendalami masalah serta tingkah-laku murid. Semoga aktiviti ini dapat menghasilkan murid yang berjaya dalam UPSR nanti dan sekaligus menaikkan nama sekolah.










Jerayawara(Roadshow) Jati Diri Kewarganegraan





14 Julai 2011, Khamis - Satu ceramah berkenaan jati diri murid sebagai warganegara telah diadakan di makmal komputer SK Belipat. Ceramah yang dianjurkan oleh Jabatan Penerangan Lawas ini telah berlangsung dari pukul 8.30am sehingga 9.45am. Ceramah yang memfokuskan kepada jati diri murid-murid telah sedikit sebanyak membuka minda para murid terhadap kepentingan membina jati diri masing-masing. Ceramah yang disampaikan oleh penceramah yang bersemangat, menarik serta berjenaka telah menarik tumpuan murid tahun 5 dan tahun 6 untuk khusyuk mendengar. Para guru juga turut serta mendengar ceramah yang menarik ini kerana ia penuh dengan cara penyampaian fakta yang sesuai serta menyebabkan setiap murid bersemangat dari awal sehingga akhir. Semoga ceramah seperti ini dapat menyedarkan semua murid dan diadakan dari semasa ke semasa lagi di masa akan datang.





Tuesday, July 12, 2011

Program Teknik Menjawab Soalan UPSR 2011




























6 & 7 Julai 2011, Rabu & Kahmis - Pihak sekolah telah mengadakan satu program motivasi untuk murid tahun 6. Program yang bertujuan untuk membantu murid ini adalah dibuat berdasarkan tahap motivasi murid pada masa itu. Memandangkan UPSR yang semakin menjelang tiba, murid tahun 6 haruslah diberi persediaan yang mencukupi sebagai bekalan untuk menghadapinya. Program yang berlangsung selama dua hari itu melibatkan empat subjek teras iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains. Para penceramah terdiri daripada penceramah yang berpengalaman dari sekolah-sekolah rendah sekitar daerah Lawas. Jutaan terima kasih kepada para penceramah atas kerjasama serta keprihatinan pihak tuan-tuan terhadap murid tahun 6 SK Belipat. Semoga program ini dapat meningkatkan motivasi murid untuk menghadapi ujian yang getir ini.