SELAMAT DATANG KE BLOG RASMI SEKOLAH KEBANGSAAN BELIPAT..AHLAN WASAHLAN WA MARHABAN BIKUM

Thursday, December 10, 2009

Lawatan Sambil Belajar ke Kota Kinabalu, Sabah


Tarikh 7 dan 8 November 2009 telah dipilih sebagai tarikh lawatan. Segala proses perjalanan dan perancangan program telah diatur lebih awal walaupun dirancang pada saat-saat akhir. Ustaz Wan Nasron dan Cikgu Muslaimi merupakan guru yang bertanggungjawab untuk lawatan kali ini. Lawatan ini disertai 8 orang guru, 2 orang AKS serta 16 orang murid Tahun 6.


Murid Lelaki Tahun 6, SK Belipat

Antara objektif program ialah murid dapat menikmati keindahan alam, mensyukuri nikmat yang Allah kurniakan, murid dapat merehatkan minda selepas peperiksaan UPSR, mengetahui sejarah Kota Kinabalu, Sabah dan sejarah Kesultanan Sulu, Brunei. Selain itu, murid dapat melihat keindahan flora dan fauna, menghargai dan menyayangi alam sekitar dan haiwan.


Muzium Negeri Sabah, Kota Kinabalu

Pada 7 november, peserta lawatan telah berkumpul di kawasan sekolah seawal 6.30 pagi. Kira-kira pukul 7 pagi, rombongan telah bertolak ke Kota Kinabalu dengan 2 buah van yang telah disewa oleh pihak sekolah. Destinasi pertama rombongan ialah Muzium Negeri Sabah di Kota Kinabalu. Rombongan lawatan selamat sampai di sana kira-kira pukul 10.30 pagi. Pegawai Muzium telah memberi taklimat ringkas dan seterusnya rombongan melawat muzium sehingga pukul 12.30 tengahari.


Murid Perempuan Tahun 6, SK Belipat


Selepas dari muzium, rombongan lawatan bertolak ke tempat penginapan di Api-api Square untuk makan tengahari, solat dan rehat. Kira-kira pukul 1 petang, rombongan lawatan bertolak ke pusat membeli-belah Center Point dan KK Plaza untuk aktiviti sampingan dan makan malam.

Lok Kawi Wildlife Park, Sabah

Pada hari kedua, 8 November 2009, rombongan lawatan bertolak ke Taman Hidupan Liar Lok Kawi kira-kira pada pukul 8.30 pagi. Sampai di destinasi kira-kira 9.30 pagi, seterusnya mendengar taklimat dari Pegawai Taman Hidupan Liar dan selepas itu melawat Taman Hidupan Liar. Rombongan lawatan seterusnya bertolak balik ke Lawas dan singgah di Kimanis, Papar untuk makan tengahari.

Rombongan lawatan sampai di sekolah kira-kira pukul 5 petang. Murid-murid telah dijemput oleh ibu bapa dan penjaga masing-masing untuk balik ke rumah mereka. Diharap matlamat program lawatan ini tercapai dan memberi kesan kepada murid-murid dalam meningkatkan keimanan kepada Allah. Selain dapat meningkatkan lagi semangat patriotik kepada negara. Selanjutnya dapat memberi kesedaran betapa pentingnya menyayangi dan menjaga alam semulajadi dan haiwan-haiwan di dalam habitat mereka.


2 comments:

  1. Assalamualaikum Tuan/Puan.

    Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
    Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi kami di:

    KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
    Tour operator & Travel Agency

    Kami memberikan pengkhidmatan yang baik dengan penuh rasa kekeluargaan dengan harga tour yang sangat berpatutan di daerah yang favorit untuk di lawati di Indonesia seperti : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour dan Bali Muslim Tour.

    Contact person : Riko Adryansyah
    Mobile : +6281365654104 ( WhatsApp )
    E-Mail : riko_kitaholidays@yahoo.com

    ReplyDelete
  2. Salam Admin. ☺ Jika berminat nak join Jom 🚌#SingaporeTour day trip dari Johor Bahru dari serendah 🔥RM109 sahaja (harga 2019) & 🌍#USSJB Day Trip (PM for Promo).. Pakej Group bole dianjurkan.
    .
    Banyak Tiket Promosi lain juga menanti anda ✳Private Tour (Trip dari JB via car-alza-starex) 🚘 pun ada.. atau nak join bajet Backpackers Trip (JB-SG)? 🙌
    .
    WHATSAPP sis untuk info lanjut ya! 😃 HP: 012-7760219 (JESS)
    .
    #LoveTravel 🔹www.facebook.com/lovetravel86
    .
    CLICK 》www.wasap.my/60127760219/sgtravel (JESS) ☺ Trima kasih.

    ReplyDelete