SELAMAT DATANG KE BLOG RASMI SEKOLAH KEBANGSAAN BELIPAT..AHLAN WASAHLAN WA MARHABAN BIKUM

Friday, August 6, 2010

Program Eliminasi Limfatik Filariasis Kebangsaan

Dianjurkan oleh: Pejabat Kesihatan Daerah Lawas
Tarikh: 05 Ogos 2010 (Khamis)
Masa: 10.00 pagi - 12.00 tengah hari
Tempat: Makmal Komputer SK Belipat
Orang yang terlibat: Semua guru, AKS dan semua Murid

Pegawai yang terlibat:
  1. Encik Abdul Kasdi Deruis (PPKP)
  2. Encik Jefri Abdul Lazim (PKA)
Pegawai dari Pejabat Kesihatan Daerah Lawas


Program:

  1. Taklimat Ringkas Penyakit Filariasis
  2. Murid-murid makan ubat pencegahan penyakit Filariasis (Prasekolah hingga Tahun 6)
  3. Mengedarkan ubat pencegahan penyakit Filariasis kepada guru-guru & AKS serta keluarga
Semasa mendengar Taklimat Ringkas Penyakit Filariasis


Murid-murid makan ubat pencegahan penyakit Filariasis (Prasekolah hingga Tahun 6)


Mengedarkan ubat pencegahan penyakit Filariasis kepada guru-guru & AKS serta keluarga



Maklumat tentang Penyakit Filariasis

Apakah Penyakit Filariasis?
  • Lebih dikenali sebagai penyakit Untut
  • Penyebab: cacing filaria yang dibawa oleh nyamuk mansonia
Cacing Filaria


Distribusi Di Seluruh Dunia


Kawasan Lawas yang terlibat dengan aktiviti Eliminasi Filariasis


Elemen-elemen Dalam Penyakit Filariasis


Cara Jangkitan
  • Nyamuk Mansonia menghisap darah pesakit filariasis
  • Anak cacing (mikrofilariasis) dari darah pesakit masuk ke dalam badan nyamuk
  • Selepas 10 hari anak cacing (mikrofilariasis) bertukar menjadi larva
  • Apabila nyamuk tadi mengigit orang yang sihat, ia akan memindahkan larva-larva itu ke dalam badan orang sihat
  • Larva itu memerlukan masa 3-12 bulan untuk menjadi cacing dewasa untuk hidup di saluran limfatik
Nyamuk Mansonia

Parasit: Cacing Filaria

Saiz Cacing Filaria

Cara Mengesan Pesakit Filariasis
  • Ujian Darah


Tanda-tanda Penyakit Filariasis
  • Bengkak bahagian kaki sebelah @ kedua-dua belah

Tempat Pembiakan Nyamuk Mansonia
  • Kawasan paya yang ada hidupan air
  • Contoh hidupan air:
  1. Pokok Kiambang
  2. Keladi Bunting
  3. Teratai
  • Anak sungai yang terdapat hidupan air

Cara Kawalan dan Pencegahan
  • Kawal tumbuhan air
  • Tidur dalam Kelambu
  • Membuat ujian darah
  • Makan ubat anti Filariasis


Sumber: Pejabat Kesihatan Daerah Lawas

No comments:

Post a Comment