SELAMAT DATANG KE BLOG RASMI SEKOLAH KEBANGSAAN BELIPAT..AHLAN WASAHLAN WA MARHABAN BIKUM

Wednesday, June 15, 2011

Aktiviti Gerko Pengakap 2011









18 Mei 2011, Rabu - Ini merupakan salah satu daripada aktiviti pengakap SK Belipat. Pada kali ini, aktiviti membuat model khemah daripada plastik dan ranting kayu adalah bertujuan mendedahkan murid dengan kaedah menghasilkan khemah yang cepat dan mudah. Walaupun nampak mudah, tetapi beberapa aspek telah diberi tumpuan seperti pemilihan tapak khemah yang sesuai, mengenalpasti bentuk muka bumi, arah angin dan faktor kekukuhan. Murid telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Setiap kumpulan dikehendaki mengatur ahli-ahli untuk mengutip ranting, membersihkan tapak serta membina khemah. Aktiviti ini telah memupuk sikap kerjasama murid, sekaligus melatih mereka untuk aktiviti perkhemahan pada masa akan datang.









Majlis jamuan perpisahan Ustaz Wan & Puan Eschakamala













18 Mei 2011, Rabu- Satu majlis jamuan telah diadakan untuk merayakan perpisahan bersama Ustaz Wan Nasron dan Puan Eschakamala. Majlis yang diadakan di restoran Mutiara ini bermula pada pukul 3pm. Semua yang dijemput hadir ialah guru-guru serta staf sokongan. Pihak sekolah telah menyampaikan hadiah kepada Ustaz Wan serta Puan Eschakamala sebagai tanda berterima kasih pihak sekolah terhadap sumbangan yang diberi sepanjang mereka bertugas di SK Belipat. Semoga jasa mereka dihargai semua.






Majlis jamuan penghargaan MTQ











13 Mei 2011, Jumaat-Satu majlis penghargaan bersama orang kampung telah diadakan sebagai tanda berterima kasih SK Belipat kepada mereka yang telah menyumbang tenaga dalam menjayakan Majlis Tilawah Al-Quran peringkat sekolah rendah dan menengah 2011 untuk daerah Lawas. Pihak sekolah telah menberi sijil serta saguhati kepada setiap penduduk yang terlibat secara langsung dalam membantu MTQ. Ini adalah sebagai tanda penghargaan yang tidak terhingga terhadap tenaga serta masa yang telah disumbangkan oleh penduduk kampung. Semoga kerjasama ini dapat dipereratkan lagi dikemudian hari. Acara pada hari itu, diteruskan dengan jamuan untuk memeriahkan lagi suasana.


Tuesday, June 14, 2011

Hari Guru SK Belipat 2011
























16 Mei 2011, Isnin - 'Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara' merupakan slogan hari guru pada tahun ini. Sambutan hari guru telah diadakan di dataran perhimpunan seawal 7 pagi lagi. Acara yang berlangsung ialah bacaan perutusan sempena hari guru, nyanyian lagu 'Guru Malaysia', bacaan ikrar, memotong kek, sukaneka serta jamuan hari guru. Acara yang paling menarik ialah acara sukaneka dimana semua guru dan murid terlibat bersama-sama untuk bermain dan bekerjasama sebagai satu kumpulan. Pelbagai gelagak guru-guru sungguh mencuit hati. Inilah masanya untuk guru mengeratkan lagi hubungan silaturahim yang sedia ada. Acara diakhiri dengan jamuan. Jamuan ini juga sebagai merayakan perpindahan cikgu Sara Alias. Semoga beliau dapat memaafkan segala salah dan silap sepanjang berada di sekolah.






















Boria Peringkat Daerah dan Zon 2011










3 & 4 Mei 2011 - SK Belipat Lawas telah menyertai pertandingan boria bersempena Karnival Anti-Dadah peringkat daerah Lawas. Pasukan boria di bawah bimbingan cikgu Surajni, cikgu Sara, cikgu Muslaimi serta guru-guru yang terlibat secara tidak langsung telah bertungkus lumus selama seminggu untuk membentuk satu kumpulan boria dengan harapan untuk mengekalkan kejuaraan pada musim yang lepas. Pertandingan yang dikelolakan oleh SK Merapok telah diadakan di dewan masyarakat Ulu Merapok. Pertandingan ini telah menyaksikan pihak SK Belipat telah berjaya mengondol tempat ketiga dalam boria. Keputusan ini melayakkan pihak sekolah untuk mewakili daerah Lawas bersama-sama naib juara dan juara ke pertandingan boria di tempat yang sama pada keesokkan harinya. Namun demikian, nasib tidak menyebelahi pasukan boria SK Belipat, tetapi usaha selama seminggu beserta tempat ketiga yang diperolehi sedikit sebanyak telah menaikkan nama sekolah dan memberi saingan kepada sekolah-sekolah yang lain. Semoga semangat ini kekal membara!