SELAMAT DATANG KE BLOG RASMI SEKOLAH KEBANGSAAN BELIPAT..AHLAN WASAHLAN WA MARHABAN BIKUM

Tuesday, December 29, 2009

Welcome & Sayonara


Guru-guru baru di SK Belipat, Lawas


Selamat datang kepada guru-guru yang baru bertugas di SK Belipat, Lawas. Semoga kedatangan guru-guru baru di SK Belipat, Lawas dapat memberi nafas baru kepada sistem Pengajaran dan Pembelajaran di sekolah.





Mahmut Bin Tapa
dari SK Kpg Lintang



Dygku Norhiana Bt Awgku Tangah
dari SK Punang




Surajni Bt Rozi
dari SK Agama (MIS) Lawas






Liew Yet Foh



Guru-guru dari SK Belipat, Lawas yang berpindah ke sekolah lain


Kepada guru-guru yang berpindah, jasamu tetap dikenang. Segala sumbang bakti guru-guru sekalian tetap diingati. Perpisahan amat memilukan tetapi perjuangan tetap perlu diteruskan. Sayonara, panjang umur berjumpa lagi.




Loura Balang
berpindah ke SK Tang Lapadan





Edward Joparine Ak Daud
berpindah ke SK Kpg Lintang




Sarah Bt Lamat
berpindah ke SK Karangan


Thursday, December 10, 2009

Majlis Perpisahan Tahun 6 2009



Berlangsung secara sederhana pada 18 November 2009 yang dihadiri oleh guru-guru, AKS dan murid Tahun 6. Turut hadir Cikgu Jamadil Bin Kassim (PK1), Ustaz Wan Nasron Bin Wan Yunus (PK HEM), Cikgu Mokti Bin Bakir (PK KK) dan Cikgu Edward Joparine Ak Daud (Guru Kelas Tahun 6). Majlis ini diadakan untuk murid-murid Tahun 6 yang akan meninggalkan sekolah untuk melanjutkan pelajaran ke sekolah menengah.




Dimulakan dengan kata-kata aluan dari Cikgu Jamadil Bin Kassim (PK1) selaku pemangku Guru Besar dan Cikgu Edward Joparine Ak Daud selaku Guru Kelas Tahun 6. Diikuti ucapan dari wakil murid Tahun 6 adik Siti Shafina Bt Bahar dan adik Noraini Bt Ismail.



Makanan disediakan sendiri oleh guru-guru antaranya Ustazah Nor Azila Bt Nawi dan Cikgu Edward Joparine Ak Daud dibantu oleh Puan Samsiah Bt Mail, Pembantu Pengurusan Murid SK Belipat. Ada sebahagian makanan dan minuman dibeli terus dari kedai seperti biskut, kekacang, keropok dan air paket seperti air soya bean dan green tea.



Lawatan Sambil Belajar ke Kota Kinabalu, Sabah


Tarikh 7 dan 8 November 2009 telah dipilih sebagai tarikh lawatan. Segala proses perjalanan dan perancangan program telah diatur lebih awal walaupun dirancang pada saat-saat akhir. Ustaz Wan Nasron dan Cikgu Muslaimi merupakan guru yang bertanggungjawab untuk lawatan kali ini. Lawatan ini disertai 8 orang guru, 2 orang AKS serta 16 orang murid Tahun 6.


Murid Lelaki Tahun 6, SK Belipat

Antara objektif program ialah murid dapat menikmati keindahan alam, mensyukuri nikmat yang Allah kurniakan, murid dapat merehatkan minda selepas peperiksaan UPSR, mengetahui sejarah Kota Kinabalu, Sabah dan sejarah Kesultanan Sulu, Brunei. Selain itu, murid dapat melihat keindahan flora dan fauna, menghargai dan menyayangi alam sekitar dan haiwan.


Muzium Negeri Sabah, Kota Kinabalu

Pada 7 november, peserta lawatan telah berkumpul di kawasan sekolah seawal 6.30 pagi. Kira-kira pukul 7 pagi, rombongan telah bertolak ke Kota Kinabalu dengan 2 buah van yang telah disewa oleh pihak sekolah. Destinasi pertama rombongan ialah Muzium Negeri Sabah di Kota Kinabalu. Rombongan lawatan selamat sampai di sana kira-kira pukul 10.30 pagi. Pegawai Muzium telah memberi taklimat ringkas dan seterusnya rombongan melawat muzium sehingga pukul 12.30 tengahari.


Murid Perempuan Tahun 6, SK Belipat


Selepas dari muzium, rombongan lawatan bertolak ke tempat penginapan di Api-api Square untuk makan tengahari, solat dan rehat. Kira-kira pukul 1 petang, rombongan lawatan bertolak ke pusat membeli-belah Center Point dan KK Plaza untuk aktiviti sampingan dan makan malam.

Lok Kawi Wildlife Park, Sabah

Pada hari kedua, 8 November 2009, rombongan lawatan bertolak ke Taman Hidupan Liar Lok Kawi kira-kira pada pukul 8.30 pagi. Sampai di destinasi kira-kira 9.30 pagi, seterusnya mendengar taklimat dari Pegawai Taman Hidupan Liar dan selepas itu melawat Taman Hidupan Liar. Rombongan lawatan seterusnya bertolak balik ke Lawas dan singgah di Kimanis, Papar untuk makan tengahari.

Rombongan lawatan sampai di sekolah kira-kira pukul 5 petang. Murid-murid telah dijemput oleh ibu bapa dan penjaga masing-masing untuk balik ke rumah mereka. Diharap matlamat program lawatan ini tercapai dan memberi kesan kepada murid-murid dalam meningkatkan keimanan kepada Allah. Selain dapat meningkatkan lagi semangat patriotik kepada negara. Selanjutnya dapat memberi kesedaran betapa pentingnya menyayangi dan menjaga alam semulajadi dan haiwan-haiwan di dalam habitat mereka.


Majlis Penyampaian Sijil Dan Hadiah 2009

Ketibaan Tetamu Kehormat Penghulu Tuah Bin Hj Tengah

Pada tahun ini, Majlis Penyampaian Sijil dan Hadiah ditetapkan pada 19 November 2009. Guru-guru dan kakitangan SK Belipat telah bermesyuarat pada 13 November 2009 bagi penetapan tarikh majlis dan pembentukan AJK Majlis Penyampaian Hadiah dan Sijil 2009. Pihak sekolah telah menjemput Penghulu Tuah Bin Hj Tengah sebagai Tetamu Kehormat bagi merasmikan Majlis Penyampaian Sijil Dan Hadiah tahun ini.



Ibubapa/ Penjaga Murid dan Murid-murid SK Belipat


Seawal pukul 8 pagi, ibu bapa dan penjaga murid serta murid-murid telah tiba di perkarangan sekolah walaupun majlis dijangkakan bermula pukul 9 pagi. Selain itu, ketua-ketua kampung juga turun diundang antaranya Ketua Kampung Kpg Belipat, Ketua Kampung Kpg Serdang, Ketua Kampung Kpg Bukit Naga dan Ketua-ketua Kampung sekitarnya. Guru-guru pula telah tiba lebih awal untuk membuat persediaan akhir sebelum majlis berlangsung. Sehari sebelum itu, pihak sekolah telah membuat rehaersal bagi memastikan segala aturcara berjalan lancar.




Antara Ketua-ketua Kampung yang hadir



Majlis bermula dengan nyanyian Lagu Kebangsaan lagu Negaraku dan selepas itu, bacaan doa dari Ustaz Sizear Bin Hasan, disusuli dengan ucapan alu-aluan oleh Pemangku Guru Besar Cikgu Jamadil Bin Kassim (PK1). Setelah itu, ucapan Perasmian dari Penghulu Tuah Bin Hj Tengah dan akhir sekali ucapan dari wakil murid adik Siti Shafina Bt Bahar.



Ucapan Perasmian oleh Penghulu Tuah Bin Hj Tengah


Majlis diserikan dengan persembahan Action Song dari murid-murid Tahap 1 yang telah mendapat latihan dari Cikgu Nurasiah Bt Mahmood dan Cikgu Loura Balang. Majlis diteruskan dengan penyampaian Sijil Berhenti dan cenderahati untuk murid Prasekolah, penyampaian hadiah kepada murid Prasekolah yang terpilih ke SK Agama (MIS) Lawas, penyampaian Sijil Penghargaan kepada Pengawas sesi 2009, Ketua Kelas dan Penolong Ketua Kelas sesi 2009.




Persembahan Action Song dari murid-murid Tahap 1


Seterusnya majlis diselangkan dengan persembahan tarian Poco-poco dari murid-murid SK Belipat yang telah dilatih oleh Cikgu Sara Bt Alias dan Cikgu Masitah Bt Adenan. Majlis disambung dengan penyampaian hadiah untuk Pencapaian Akademik, hadiah Galakan Prestasi Meningkat, Anugerah Nilam, hadiah Pencapaian Akademik KAFA dan hadiah Murid yang Mendapat Markah 100% (KAFA).



Persembahan Poco-poco

Selain itu, majlis jua diselang-selikan dengan cabutan nombor bertuah yang mana hamper merupakan sumbangan ibubapa. Sebelum majlis diteruskan lagi, persembahan nasyid dari Kumpulan Nasyid SK Belipat mendapat tunjuk ajar dari guru-guru KAFA SK Belipat. Kumpulan nasyid ini telah mendapat tempat ketiga dalam Pertandingan Nasyid antara sekolah peringkat Daerah Lawas.



Persembahan Nasyid

Majlis Penyampaian Sijil dan Hadiah 2009 diteruskan dengan penyamapain hadiah kepada pemenang Kuiz Kem Membina Tabiat Membaca 1 Malaysia, penyampaian Sijil Penyertaan Program Kem 1 Malaysia, penyampaian hadiah Sukan Mini Tahunan 2009, penyampaian hadiah Olahragawan dan Olahragawati 2009, penyampaian hadiah Kehadiran Penuh dan Kehadiran Terbanyak KAFA 2009. Olahragawan 2009 disandang oleh adik Mohamad Khaidillah Abdullah yang telah memenangi 3 pingat emas dan 1 pingat perak. Olahragawati 2009 pula ialah adik Noraslina Bt Ramli yang memenagi 4 pingat emas.

Persembahan dari Murid Tahun 6

Majlis sampai kemuncak dengan penyampaian Anugerah Pelajar Terbaik 2009. Anugerah Pelajar Terbaik Akademik 2009 disandang oleh adik Vevy Faryana Bt Sawal dan Anugerah Pelajar Terbaiak Kokurikulum 2009 disandang oleh adik Siti Shafina Bt Bahar. Majlis ditutup dengan pemgumuman perlantikan Pengawas, Ketua Kelas dan Penolong Ketua Kelas sesi 2010. Persembahan penutup pula, persembahan nyanyian dari murid Tahun 6 lagu Kenangan Terindah dan persembahan Boria dari Kumpulan Boria sekolah. Kumpulan ini telah memenangi tempat kedua dalam Pertandingan Boria peringkat Daerah Lawas awal tahun ini.


Pelajar Terbaik Akademik Adik Vevy Faryana Bt Sawal

Pelajar Terbaik Kokurikulum Adik Siti Shafina Bt Bahar

Para tetamu, ibubapa dan murid-murid dijemput untuk menikmati jamuan selepas majlis berakhir. Terima Kasih kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam Majlis Penyampaian Sijil dan Hadiah 2009.

Persembahan Boria dari Kumpulan Boria SK Belipat

Friday, December 4, 2009

Majlis Ramah Tamah AidilFitri 2009

Murid-murid menjamu selera

Pada 02 Oktober 2009 bersamaan 13 Syawal 1430H hari Jumaat, pihak sekolah telah mengadakan Majlis Ramah Tamah Aidilfitri sempena Hari Raya Aidilfitri. Majlis bermula kira-kira pukul 8.00 pagi. Guru-guru dan murid-murid telah diminta membawa kuih muih sehari sebelum majlis berlangsung. Bilik darjah Tahun 3 telah diubahsuai untuk kegunaan majlis. Kuih muih yang dibawa dikumpulan semua di satu meja besar.


Guru-guru dan Kakitangan SK Belipat


Majlis dimulakan dengan bacaan doa, diikuti kata-kata aluan dari wakil guru lelaki dan perempuan. Disusuli dengan ucapan dari Guru Besar, Suhaimi Bin Sarbini. Majlis turut diserikan dengan nyanyian lagu Hari Raya secara beramai-ramai di kalangan guru-guru dan juga murid-murid.



Murid-murid SK Belipat


Kemudian, murid-murid menjamah hidangan kuih-muih yang dibawa, baru diikuti oleh guru-guru. Antara lain makanan yang dibawa seperti biskut raya, kek, kelupis, mi sup dan bubur durian. Kebetulan masa itu musim buah-buahan, jadi ada juga yang membawa buah rambutan.