SELAMAT DATANG KE BLOG RASMI SEKOLAH KEBANGSAAN BELIPAT..AHLAN WASAHLAN WA MARHABAN BIKUM

Sunday, August 24, 2014

Hari Guru 2014

Walaupun sudah hampir 3 bulan kita menyambut Hari Guru, namun jasa dan pengorbanan guru seharusnya diingati setiap hari. Juteru tidak salah bagi kita mengucapkan terima kasih dan mendoakan guru-guru kita agar dilimpahi kebahagiaan dan kesabaran dalam mendidik anak bangsa yang kian mencabar ini.

Pada tanggal 16 Mei yang lalu, warga Sk Belipat turut sama meraikan Hari Guru peringkat sekolah.Pelbagai aktiviti telah dirancang seperti jamuan makan serta sukaneka bersama guru dan murid.

Gambar-gambar di sepanjang hari guru SK Belipat berlangsung.














Sambutan TYT,Tan Sri Abdul Taib Mahmut ke Lawas,Sarawak

Suasana gilang gemilang serta sambutan yang meriah telah diadakan pada April lalu bagi meraikan kedatangan Tuan Yang Terutama,Yang Di Pertua Negeri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmut ke Lawas.Seluruh penduduk Lawas datang berhimpun di Stadium Tertutup Lawas bagi meraikan kehadiran beliau di Lawas ini. Tentunya warga Sk Belipat lebih teruja kerana pasukan kompang sekolah telah terpilih bagi mengiringi perarakan masuk beliau dan isteri serta mempersembahkan paluan kompang bagi majlis tersebut.

Pasukan kompang sekolah yang terdiri dari murid perempuan tahun 4,5 dan 6 ini telah sering kali dijemput bagi meraikan pelbahagi majlis khususnya di daerah Lawas.Jom kita lihat kemeriahan sambutan TYT ke Lawas.







Pertandingan Mewarna Kementerian Penerangan 2014

Pada April yang lepas, telah berlangsungnya pertandingan mewarna anjuran Kementerian Penerangan 2014.SK belipat telah menghantar penyertaan yang terdiri daripada murid-murid prasekolah 5 tahun dan 6 tahun. Mari kita lihat suasana di sepanjang pertandingan ini berlangsung.