SELAMAT DATANG KE BLOG RASMI SEKOLAH KEBANGSAAN BELIPAT..AHLAN WASAHLAN WA MARHABAN BIKUM

Friday, November 14, 2014

Minggu Kokurikulum

Alhamdulillah ke hadrat ilahi kerana dengan izinnya dapat kami warga SK Belipat mengadakan Minggu Kokurikulum peringkat sekolah. Aktiviti yang julung-julung kali diadakan ini berlangsung selama 4 hari berturut-turut. Antara aktiviti yang dijalankan ialah sukan olahraga, permainan tradisional dan masakan rimba. Lebih meriah lagi, semua aktiviti ini dipertandingkan antara rumah sukan yang terdiri daripada 3 pasukan iaitu Jupiter, Saturn, dan Venus. Semangat kerjasama dan kesukanan jelas terpancar antara ahli dan semoga program ini dapat diadakan untuk tahun-tahun yang berikutnya.

Lebih banyak lagi gambar bakal menyusul...