SELAMAT DATANG KE BLOG RASMI SEKOLAH KEBANGSAAN BELIPAT..AHLAN WASAHLAN WA MARHABAN BIKUM

Friday, March 9, 2012

Majlis Jamuan Perpisahan Cikgu Saridah Binti Ahmad









2 Mac 2012, Jumaat - Tepat pukul 2.40 petang, suatu majlis jamuan perpisahan telah diadakan di Restoran Mutiara untuk meraikan perpisahan Cikgu Saridah Binti Ahmad bersempena perpindahan beliau ke SK Pusat Lawas. Beliau telah berkhidmat di SK Belipat selama 13 tahun, angka ini membawa maksud yang besar kepada beliau. Segala onak ranjau dan liku-liku keperitan telah pernah beliau lalui demi sekolah tercinta ini. Menurut apa yang beliau katakan, apa yang penting sebagai guru ialah kena banyak bersabar dan bertanggungjawab memikul tugas sehingga selesai. Jasa beliau sukar dilupakan, banyak kenangan yang telah disemat sepanjang berkhidmat dengan beliau. Majlis berakhir pada pukul 4 petang. Semoga beliau teruskan berkhidmat sebagai guru yang berkaliber. Amin...









Sunday, March 4, 2012

Program Guru Penyayang 2012









1 Mac 2012, Khamis - Program Guru Penyayang telah dilancarkan secara rasminya di peringkat daerah Lawas pada tarikh tersebut. Banyak aktiviti telah dijalankan sepanjang program ini berjalan. Antaranya ialah menyambut kehadiran murid ke sekolah seawal jam 6.30am. Ucapan 'selamat pagi' dan 'salam sejahtera' menjadi perkataan yang sering disebut-sebut semasa menyambut kehadiran murid. Aktiviti lain seperti mentor-mentee turut dijalankan untuk mengeratkan lagi silaturahim antara guru dan juga murid. Semoga lebih banyak program seperti ini dapat dilaksanakan bagi mewujudkan masyarakat penyayang dan suasana mesra di dalam sekolah. Terima kasih kepada mereka yang terlibat.