SELAMAT DATANG KE BLOG RASMI SEKOLAH KEBANGSAAN BELIPAT..AHLAN WASAHLAN WA MARHABAN BIKUM

Wednesday, April 11, 2012

MTAQ 2012



















24 & 25 Mac 2012 - Majlis Tilawah Al-Quran peringkat sekolah rendah telah diadakan di SK Sundar Lawas untuk peringkat sekolah-sekolah daerah Lawas. Pihak sekolah telah menghantar beberapa peserta untuk kategori hadrah, hafazan dan bercerita. Hasil daripada persediaan guru-guru sejak Januari telah membuahkan hasil apabila peserta Kompang Selawat kategori perempuan telah mendapat Naib Johan, manakala untuk kategori Nasyid perempuan, peserta sekolah telah mendapat tempat ketiga juga. Selain itu untuk kategori bercerita kisah nabi, adik Dygku Faizatul Asni Faizah Bt Awgku Mohamad Jufri telah memperolehi Naib Johan. Taniah diatas usaha yang telah ditunjukkan oleh guru-guru yang melatih bertungkus-limus dan tidak juga dilupakan kepada guru-guru pengiring yang sanggup meluangkan masa pada hari Sabtu demi menaikkan nama sekolah. Taniah dan terima kasih diatas usaha anda semua.





Laporan Aktiviti Kelab Kompang 2012

JANUARI

09hb - Memulakan latihan persiapan untuk Sambutan Maulidur Rasul Daerah Lawas.Lagu Perarakan: Thola'al Badru, Selawat Badar, Selawat Marhaban, Selawat Rasul

FEBRUARI

05hb - Menyertai Pertandingan Hadrah Kategori Dewasa sempena sambutan Maulidur Rasul daerah Lawas. Mendapat tempat ketiga (hadiah piala + wang tunai RM400). Peserta terdiri daripada 19 orang (2 guru + 17 murid) dengan lagunya Selawat Rasul. Dimana akhirnya pasukan sekolah mendapat tempat ketiga.

MAC

11hb - Menerima jemputan Majlis perkahwinan di Kampung Noor Islam, Kuala Lawas.Peserta terdiri daripada 25 orang ( 2 guru + 23 murid ). Lagu yang dibawa ialah Bismillah, Selawat Badar, Direnjis-renjis Dipilis, Selamat Bersanding, SelamatPengantin Baru. Sebagai saguhati wang tunai telah diberi untuk menghargai usaha Kelab Kompang

17hb - Menerima jemputan Majlis perkahwinan di Kampung Banting, Lawas.Peserta terdiri 24 orang ( 3 guru + 21 murid ). Lagu yang dibawa ialah Bismillah,Direnjis-renjis Dipilis, Selamat Bersanding, Selamat Pengantin Baru. Saguhati dalam bentuk wang tunai telah disumbangkan sebagai menghargai jasa Kelab Kompang.

30hb - Menyertai Pertandingan Kompang Selawat, Majlis Tadarus Al-Quran peringkat daerah Lawas. Kelab Kompang menghantar 2 penyertaan iaitu Kumpulan Hizbur Rasyid (Lelaki) dan Kumpulan Hawa Sofie (Perempuan)

Hizbur Rasyif
Peserta - 14 orang (Murid Lelaki)
Lagu - Solla'alaikallah, Bismillah
Kedudukan - Keenam

Hawa Sofie
Peserta - 14 orang (Murid Perempuan)
Lagu - Selawat Badar, Bismillah
Kedudukan - Naib Johan (Piala + wang tunai)

31hb - Menerima jemputan Majlis perkahwinan di Kampung Serdang, Lawas. Peserta terdiri daripada 17 orang ( 2 guru + 17 murid ) dengan lagunya Bismillah,Selawat Badar, Selawat Rasul, Direnjis-renjis Dipilis, Selamat Bersanding, Selamat Pengantin Baru. Saguhati dalam bentuk wang tunai telah dihulurkan untuk sumbangan yang telah diberi.

Kem Bestari Solat 2012




















24 Mac 2012 (Sabtu) - Program Kem Bestari Solat untuk sesi yang pertama telah diadakan sebagai mengantikan kelas ganti pada hari Sabtu. Aktiviti yang dianjurkan oleh guru-guru JQAF dan Pendidikan Islam ini dibantu oleh guru-guru KAFA serta guru-guru biasa. Aktiviti berjalan lancar dengan melibatkan banyak aktiviti dalam rukun Islam. Murid-murid telah dibahagikan kepada kumpulan-kumpulan kecil serta dibimbing oleh seorang guru dalam setiap kumpulan. Aktiviti berjaya dilaksanakan sehingga pukul 12.40pm. Taniah dan terima kasih diatas usaha semua guru-guru yang terlibat.