SELAMAT DATANG KE BLOG RASMI SEKOLAH KEBANGSAAN BELIPAT..AHLAN WASAHLAN WA MARHABAN BIKUM

Sunday, February 26, 2012










17-19 Feb 2012 - Sukan peringkat daerah kali ini telah bertempat di stadium tertutup Banting. Dengan suasana dan keadaan yang masih baru, secara tidak langsung telah menaikkan semangat para peserta untuk bersaing dengan lebih bersemangat. Pihak sekolah tahun ini telah membuat persediaan yang terbaik untuk kontijen sekolah. Walaupun balik tanpa sebarang pingat, tetapi semangat perjuangan tak pernah padam, akan kami cuba lagi di tahun depan. Terima kasih kepada guru-guru sukan dan guru pengiring yang terlibat. Anda memang hebat-hebat belaka. Salam...









Maulidur Rasul 2012











5 Feb 2012 - Taniah diucapkan kepada kontijen SK Belipat dalam menyertai perarakan bersempena Maulidur Rasul peringkat daerah Lawas. Dengan persediaan yang lebih rapi pada kali ini, pihak sekolah telah mendapat saguhati untuk pertandingan sepanduk, dan ketiga dalam kompang. Usaha yang dilakukan selama ini telah membuahkan hasil. Semoga ini dapat menaikkan lagi semangat dan nama sekolah di peringkat Lawas. Terima kasih kepada yang menyertai.






Majlis Penyampaian Hadiah 2011










18 Nov 2011 - Suatu Majlis Penyampaian Hadiah telah dilangsungkan untuk menghargai kejayaan murid-murid SK Belipat sepanjang tahun 2011. Majlis ini telah dirasmikan oleh wakil daripada Pejabat Pelajaran Daerah Lawas iaitu Cik Rekan Jabu. Aktiviti majlis telah diserikan dengan persembahan kompang selawat dan nasyid. Segala kerjasama daripada semua pihak dalam menjayakan majlis ini didahului dengan jutaan terima kasih.