SELAMAT DATANG KE BLOG RASMI SEKOLAH KEBANGSAAN BELIPAT..AHLAN WASAHLAN WA MARHABAN BIKUM

Tuesday, January 19, 2010

Minggu Suaikenal Prasekolah dan Program Transisi Tahun 1


Murid Prasekolah 2010 seramai 17 orang, murid lelaki seramai 6 orang dan murid perempuan seramai 11 orang. Manakala murid Tahun 1 seramai 15 orang, murid lelaki seramai 7 orang dan murid perempuan seramai 8 orang.



Program Transisi dan Minggu Suaikenal bermula pada hari pertama sesi persekolahan. Program ini berjalan serentak tetapi berasingan selama 3 minggu. Minggu Suaikenal Prasekolah dikendalikan oleh Guru Prasekolah, Cikgu Dygku Rakiah Bt Awgku Ibrahim dan dibantu Pembantu Pengurusan Murid, Samsiah Bt Mail. Program Transisi Tahun 1 dikendalikan oleh Guru Kelas Tahun 1, Cikgu Sara Bt Alias dibantu oleh guru-guru lain antaranya Ustazah Nor Azila Bt Nawi, Cikgu Saridah Bt Ahmad, Cikgu Nurasiah Bt Mahmood dan Cikgu Muslaimi Bt Mohd Sharif.

Objektif kedua-dua program ini ialah:
  • Mengenali dan membina hubungan mesra di antara murid-murid dan guru-guru.
  • Mengurangkan rasa malu, segan dan takut di kalangan murid apabila mengahdapi situasi yang baru dan guru yang baru.
  • Membina keyakinan diri murid.
  • Membentuk budaya hormat-menghormati di antara guru dan murid, murid dan rakan sebaya.
  • Membentuk sahsiah, akhlak dan disiplin murid.
  • Memupuk semangat kerjsama di kalangan guru dan murid, murid dengan murid.
  • Mengesan potensi melalui aktiviti yang dirancang.
  • Meningkatkan hubungan mesra di kalangan murid-murid, guru dan kakitangan sekolah.
  • Mendedahkan murid dengan suasana pengajaran dan pembelajaran yang menyeronokan.

Minggu pertama:
  • Mengenali dan melawat kawasan sekolah,
  • Pengurusan kelas,
  • Kesedaran tentang budaya sekolah,
  • Sukaneka dan aktiviti fizikal,
  • Dinamika kumpulan dan pembinaan pasukan,
  • Main sambil belajar dan belajar sambil meneroka,
  • sesi bercer.ita dan aktiviti seperti mewarnakan gambar,
  • Nyanyian lagu Negaraku, lagu negeri dan lagu sekolah.

Minggu kedua:
  • Motivasi,
  • Aktiviti kognisi, bahasa, estitika da daya kreatif, keagamaan dan ketatanegaraan,
  • Pemupukan sosial emosi,
  • Pembentukan tingkah laku
  • Pemupukan kumpulan,
  • Pergerakan motor kasar.teta
Minggu ketiga:
  • Pengajaran dan pembelajaran yang berterusan melalui pendekatan tematik, bersepadu dan bermain dalam kumpulan.
  • Membaca, menulis, mewarna dan bekerjasama untuk tiga perkembangan utama iaitu perkembangan kognitif dan bahasa psikomotor dan fizikal serta sosio emosi.
  • Mengaplikasi apa yang dipelajari ke dalam kehidupan seharian.


Dalam minggu kedua, Guru Kelas Tahun 1 bertukar tangan. Cikgu Sara Bt Alias telah mengantikan Cikgu Sarah Bt Lamat sebagai Guru Kelas Pemulihan. Guru Kelas Tahun 1 dipegang oleh Cikgu Saridah Bt Ahmad. Program Transisi diteruskan seperti dirancang dan masuk minggu ketiga, Pengajaran dan Pembelajaran berlangsung seperti biasa.

No comments:

Post a Comment