SELAMAT DATANG KE BLOG RASMI SEKOLAH KEBANGSAAN BELIPAT..AHLAN WASAHLAN WA MARHABAN BIKUM

Wednesday, April 11, 2012

Laporan Aktiviti Kelab Kompang 2012

JANUARI

09hb - Memulakan latihan persiapan untuk Sambutan Maulidur Rasul Daerah Lawas.Lagu Perarakan: Thola'al Badru, Selawat Badar, Selawat Marhaban, Selawat Rasul

FEBRUARI

05hb - Menyertai Pertandingan Hadrah Kategori Dewasa sempena sambutan Maulidur Rasul daerah Lawas. Mendapat tempat ketiga (hadiah piala + wang tunai RM400). Peserta terdiri daripada 19 orang (2 guru + 17 murid) dengan lagunya Selawat Rasul. Dimana akhirnya pasukan sekolah mendapat tempat ketiga.

MAC

11hb - Menerima jemputan Majlis perkahwinan di Kampung Noor Islam, Kuala Lawas.Peserta terdiri daripada 25 orang ( 2 guru + 23 murid ). Lagu yang dibawa ialah Bismillah, Selawat Badar, Direnjis-renjis Dipilis, Selamat Bersanding, SelamatPengantin Baru. Sebagai saguhati wang tunai telah diberi untuk menghargai usaha Kelab Kompang

17hb - Menerima jemputan Majlis perkahwinan di Kampung Banting, Lawas.Peserta terdiri 24 orang ( 3 guru + 21 murid ). Lagu yang dibawa ialah Bismillah,Direnjis-renjis Dipilis, Selamat Bersanding, Selamat Pengantin Baru. Saguhati dalam bentuk wang tunai telah disumbangkan sebagai menghargai jasa Kelab Kompang.

30hb - Menyertai Pertandingan Kompang Selawat, Majlis Tadarus Al-Quran peringkat daerah Lawas. Kelab Kompang menghantar 2 penyertaan iaitu Kumpulan Hizbur Rasyid (Lelaki) dan Kumpulan Hawa Sofie (Perempuan)

Hizbur Rasyif
Peserta - 14 orang (Murid Lelaki)
Lagu - Solla'alaikallah, Bismillah
Kedudukan - Keenam

Hawa Sofie
Peserta - 14 orang (Murid Perempuan)
Lagu - Selawat Badar, Bismillah
Kedudukan - Naib Johan (Piala + wang tunai)

31hb - Menerima jemputan Majlis perkahwinan di Kampung Serdang, Lawas. Peserta terdiri daripada 17 orang ( 2 guru + 17 murid ) dengan lagunya Bismillah,Selawat Badar, Selawat Rasul, Direnjis-renjis Dipilis, Selamat Bersanding, Selamat Pengantin Baru. Saguhati dalam bentuk wang tunai telah dihulurkan untuk sumbangan yang telah diberi.

No comments:

Post a Comment