SELAMAT DATANG KE BLOG RASMI SEKOLAH KEBANGSAAN BELIPAT..AHLAN WASAHLAN WA MARHABAN BIKUM

Sunday, January 19, 2014

RIMUP 2013

RIMUP atau nama kata lainnya Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan telah diadakan bagi sesi 2013 dan telah dijalan di Sekolah Kebangsaan Punang, Lawas. Program ini telah disertai oleh 3 buah sekolah iaitu Sekolah Kebbangsaan Belipat, Sekolah Kebangsaan Kuala Lawas dan juga tuan rumah sendiri iaitu Sekolah Kebangsaan Punang. Program yang bermula seawal 7.00 pagi  sehingga 4.00 petang ini telah dipenuhi  dengan pelbagai aktiviti menarik khususnya dalam bidang sukan tradisional dan kebudayaan. Tujuan program ini diadakan adalah untuk mengeratkan silaturrahim di antara warga sekolah dengan sekolah yang lain di samping berkongsi ilmu serta budaya yang pelbagai. Semoga usaha murni ini dapat diteruskan untuk tahun-tahun yang akan datang.









No comments:

Post a Comment