SELAMAT DATANG KE BLOG RASMI SEKOLAH KEBANGSAAN BELIPAT..AHLAN WASAHLAN WA MARHABAN BIKUM

Friday, December 4, 2009

Majlis Ramah Tamah AidilFitri 2009

Murid-murid menjamu selera

Pada 02 Oktober 2009 bersamaan 13 Syawal 1430H hari Jumaat, pihak sekolah telah mengadakan Majlis Ramah Tamah Aidilfitri sempena Hari Raya Aidilfitri. Majlis bermula kira-kira pukul 8.00 pagi. Guru-guru dan murid-murid telah diminta membawa kuih muih sehari sebelum majlis berlangsung. Bilik darjah Tahun 3 telah diubahsuai untuk kegunaan majlis. Kuih muih yang dibawa dikumpulan semua di satu meja besar.


Guru-guru dan Kakitangan SK Belipat


Majlis dimulakan dengan bacaan doa, diikuti kata-kata aluan dari wakil guru lelaki dan perempuan. Disusuli dengan ucapan dari Guru Besar, Suhaimi Bin Sarbini. Majlis turut diserikan dengan nyanyian lagu Hari Raya secara beramai-ramai di kalangan guru-guru dan juga murid-murid.



Murid-murid SK Belipat


Kemudian, murid-murid menjamah hidangan kuih-muih yang dibawa, baru diikuti oleh guru-guru. Antara lain makanan yang dibawa seperti biskut raya, kek, kelupis, mi sup dan bubur durian. Kebetulan masa itu musim buah-buahan, jadi ada juga yang membawa buah rambutan.


No comments:

Post a Comment