SELAMAT DATANG KE BLOG RASMI SEKOLAH KEBANGSAAN BELIPAT..AHLAN WASAHLAN WA MARHABAN BIKUM

Thursday, December 10, 2009

Majlis Penyampaian Sijil Dan Hadiah 2009

Ketibaan Tetamu Kehormat Penghulu Tuah Bin Hj Tengah

Pada tahun ini, Majlis Penyampaian Sijil dan Hadiah ditetapkan pada 19 November 2009. Guru-guru dan kakitangan SK Belipat telah bermesyuarat pada 13 November 2009 bagi penetapan tarikh majlis dan pembentukan AJK Majlis Penyampaian Hadiah dan Sijil 2009. Pihak sekolah telah menjemput Penghulu Tuah Bin Hj Tengah sebagai Tetamu Kehormat bagi merasmikan Majlis Penyampaian Sijil Dan Hadiah tahun ini.



Ibubapa/ Penjaga Murid dan Murid-murid SK Belipat


Seawal pukul 8 pagi, ibu bapa dan penjaga murid serta murid-murid telah tiba di perkarangan sekolah walaupun majlis dijangkakan bermula pukul 9 pagi. Selain itu, ketua-ketua kampung juga turun diundang antaranya Ketua Kampung Kpg Belipat, Ketua Kampung Kpg Serdang, Ketua Kampung Kpg Bukit Naga dan Ketua-ketua Kampung sekitarnya. Guru-guru pula telah tiba lebih awal untuk membuat persediaan akhir sebelum majlis berlangsung. Sehari sebelum itu, pihak sekolah telah membuat rehaersal bagi memastikan segala aturcara berjalan lancar.




Antara Ketua-ketua Kampung yang hadir



Majlis bermula dengan nyanyian Lagu Kebangsaan lagu Negaraku dan selepas itu, bacaan doa dari Ustaz Sizear Bin Hasan, disusuli dengan ucapan alu-aluan oleh Pemangku Guru Besar Cikgu Jamadil Bin Kassim (PK1). Setelah itu, ucapan Perasmian dari Penghulu Tuah Bin Hj Tengah dan akhir sekali ucapan dari wakil murid adik Siti Shafina Bt Bahar.



Ucapan Perasmian oleh Penghulu Tuah Bin Hj Tengah


Majlis diserikan dengan persembahan Action Song dari murid-murid Tahap 1 yang telah mendapat latihan dari Cikgu Nurasiah Bt Mahmood dan Cikgu Loura Balang. Majlis diteruskan dengan penyampaian Sijil Berhenti dan cenderahati untuk murid Prasekolah, penyampaian hadiah kepada murid Prasekolah yang terpilih ke SK Agama (MIS) Lawas, penyampaian Sijil Penghargaan kepada Pengawas sesi 2009, Ketua Kelas dan Penolong Ketua Kelas sesi 2009.




Persembahan Action Song dari murid-murid Tahap 1


Seterusnya majlis diselangkan dengan persembahan tarian Poco-poco dari murid-murid SK Belipat yang telah dilatih oleh Cikgu Sara Bt Alias dan Cikgu Masitah Bt Adenan. Majlis disambung dengan penyampaian hadiah untuk Pencapaian Akademik, hadiah Galakan Prestasi Meningkat, Anugerah Nilam, hadiah Pencapaian Akademik KAFA dan hadiah Murid yang Mendapat Markah 100% (KAFA).



Persembahan Poco-poco

Selain itu, majlis jua diselang-selikan dengan cabutan nombor bertuah yang mana hamper merupakan sumbangan ibubapa. Sebelum majlis diteruskan lagi, persembahan nasyid dari Kumpulan Nasyid SK Belipat mendapat tunjuk ajar dari guru-guru KAFA SK Belipat. Kumpulan nasyid ini telah mendapat tempat ketiga dalam Pertandingan Nasyid antara sekolah peringkat Daerah Lawas.



Persembahan Nasyid

Majlis Penyampaian Sijil dan Hadiah 2009 diteruskan dengan penyamapain hadiah kepada pemenang Kuiz Kem Membina Tabiat Membaca 1 Malaysia, penyampaian Sijil Penyertaan Program Kem 1 Malaysia, penyampaian hadiah Sukan Mini Tahunan 2009, penyampaian hadiah Olahragawan dan Olahragawati 2009, penyampaian hadiah Kehadiran Penuh dan Kehadiran Terbanyak KAFA 2009. Olahragawan 2009 disandang oleh adik Mohamad Khaidillah Abdullah yang telah memenangi 3 pingat emas dan 1 pingat perak. Olahragawati 2009 pula ialah adik Noraslina Bt Ramli yang memenagi 4 pingat emas.

Persembahan dari Murid Tahun 6

Majlis sampai kemuncak dengan penyampaian Anugerah Pelajar Terbaik 2009. Anugerah Pelajar Terbaik Akademik 2009 disandang oleh adik Vevy Faryana Bt Sawal dan Anugerah Pelajar Terbaiak Kokurikulum 2009 disandang oleh adik Siti Shafina Bt Bahar. Majlis ditutup dengan pemgumuman perlantikan Pengawas, Ketua Kelas dan Penolong Ketua Kelas sesi 2010. Persembahan penutup pula, persembahan nyanyian dari murid Tahun 6 lagu Kenangan Terindah dan persembahan Boria dari Kumpulan Boria sekolah. Kumpulan ini telah memenangi tempat kedua dalam Pertandingan Boria peringkat Daerah Lawas awal tahun ini.


Pelajar Terbaik Akademik Adik Vevy Faryana Bt Sawal

Pelajar Terbaik Kokurikulum Adik Siti Shafina Bt Bahar

Para tetamu, ibubapa dan murid-murid dijemput untuk menikmati jamuan selepas majlis berakhir. Terima Kasih kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam Majlis Penyampaian Sijil dan Hadiah 2009.

Persembahan Boria dari Kumpulan Boria SK Belipat

No comments:

Post a Comment