SELAMAT DATANG KE BLOG RASMI SEKOLAH KEBANGSAAN BELIPAT..AHLAN WASAHLAN WA MARHABAN BIKUM

Thursday, July 7, 2011

Keceriaan (6 Julai 2011)
















6 Julai 2011, Rabu - Aktiviti keceriaan telah diadakan pada hari ini untuk menceriakan lagi kawasan sekolah. Aktiviti yang berjalan sekali dalam seminggu ini telah berjaya memupuk nilai sayang kepada alam sekitar di kalangan guru, staf sokongan serta murid. Semua pihak telah mengembleng tenaga bersama-sama untuk mengindahkan lagi kawasan persekitaran sekolah. Pada kali ini, aktiviti yang dijalankan ialah mengumpul batu di sekeliling bunga dan mengecat batu tersebut. Aktiviti ini berjalan selama sejam, dan hasilnya sungguh memuaskan hati terutama pemandangan persekitaran sekolah yang menjadi lebih kemas dan menarik. Terima kasih kepada semua warga SK Belipat. Teruskan usaha anda demi mengindahkan sekolah.














No comments:

Post a Comment