SELAMAT DATANG KE BLOG RASMI SEKOLAH KEBANGSAAN BELIPAT..AHLAN WASAHLAN WA MARHABAN BIKUM

Thursday, July 7, 2011

Larian 1 Murid 1 Sukan 1 Malaysia















2 Julai 2011, Sabtu - Bagi melaksanakan dasar 1 Murid, 1 Sukan, 1 Malaysia maka larian 1 Murid, 1 Sukan telah diadakan serentak di seluruh institusi pendidikan di Malaysia pada tarikh ini. Larian ini bermula pada pukul 7.45am (flagoff) secara serentak. Pihak sekolah telah membuat persediaan lebih awal lagi dengan memulakan aktiviti pendaftaran pada pukul 6.45am diikuti bacaan doa, ucapan PK1 oleh cikgu Jamadil dan senamrobik. Aktivit pada hujung minggu ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan dari para peserta yang terdiri daripada murid, guru, staf sokongan serta ibubapa. Mereka telah mengambil bahagian secara aktif. Setiap orang menunjukkan komitmen yang tinggi dalam menjayakan dasar ini. Aktiviti larian yang berakhir dengan penyampaian hadiah pada pukul 9.ooam menyemarakkan lagi suasana. Semoga aktiviti ini dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara warga sekolah yang sudah sedia terjalin. Dan paling penting, aktiviti ini dapat mengalakkan aktiviti bersukan dikalangan murid serta guru.















No comments:

Post a Comment